Hari ini dan di sini saya akan dedahkan beberapa strategik pemasaran yang boleh anda gunakan dalam bisnes anda.
Ramai yang merungut kepada saya mengapa produk mereka tidak laku walau pelbagai cara telah digunakan.
Sebenarnya ada banyak cara dan strategik untuk melariskan produk anda, tapi di sini saya hanya menerangkan 2 teknik sahaja dan teknik-teknik yang lain saya akan terangkan kemudian. Pernah anda melihat laman web Pakar Usahawan Internet? Apa yang membezakan laman web mereka dengan laman web newbie? Mereka (Pakar Usahawan Internet) menggunakan 2 teknik iaitu:
1. Testimoni Pengguna Produk
2. Bonus Tambahan.
Testimoni penguna produk anda. Jika ramai yang puas hati dengan produk anda tentu mereka tidak keberatan untuk berikan testimoni. Testimoni adalah bukti terbaik bahawa produk anda benar-benar berkualiti. Prospek atau visitor akan lebih percaya dengan adanya testimoni iaitu kenyataan atau komen-komen pengguna yang telah menggunakan produk anda. Kebiasaannya, prospek takut untuk membeli produk anda disebabkan beberapa kemungkinan seperti takut tertipu, takut produk tidak berkualiti, takut tidak membawa apa-apa hasil. Di sinilah betapa pentingnya kenyataan atau komen-komen pengguna yang telah menggunakan produk anda kerana mereka lebih tahu akan kelebihan dan keburukan produk anda kerana sudah membaca/menggunakan produk anda.
Anda boleh melihat contoh testimoni produk flb di sini
-> http://rahsiakekayaan.com/bukti
Bonus tambahan yang berkaitan dengan produk anda. Baru-baru ini isteri saya telah mencuba produk kosmetik Clarins dari Paris. Setelah membayar isteri saya terkejut sebab banyak hadiah yang diberi termasuk bag, losyen dan hampir 5 lagi barisan produk mereka.
Jadi jika anda mahu menjual program A katakan, anda berikan beberapa bonus tambahan yang akan membuat prospek anda rasa rugi jika tidak membeli daripada anda. Anda mesti letakkan
had masa supaya teknik ini lebih efektif.
Contohnya: \"Pesan Produk A hari ini dan dapatkan 5 bonus tambahan bernilai RM399 untuk tempoh 5 hari sahaja!\"
Anda boleh melihat contoh bonus di laman web ini
-> http://www.formulaeksklusif.com/rahsia
Orait, selepas ini anda boleh gunakan 2 teknik pemasaran pro di atas dan lihat produk anda licin dengan cepat ;)
Jumpa lagi dengan tip-tip yang lain.
Demi Kejayaan Anda,
Azrisham
Kod FB: 11317 (Gunakan Kod FB ini untuk tempahan FLB)
PS: Ada beberapa pelanggan saya yang merayu supaya teknik ini tidak didedahkan kepada saya. Tetapi oleh kerana anda adalah pembaca setia saya, anda berhak mengetahuinya:
-> http://www.smartsiber.com
-------------------------------------
*Jika anda rasa artikel ini manfaat kepada anda, saya harap anda boleh kongsikannya kepada rakan-rakan anda sama ada melalui facebook, google buzz, email atau twitter. Klik button share kat bawah ya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment