Walaupun pengguna internet semakin meningkat di Malaysia, namun tidak semua yang mahu berurusan dalam talian kerana sebab yang tersendiri.
Mula-mula saya tertarik dengan gaya pos ini ialah apabila saya membaca ebook 40 Cara Buat Wang yang saya beli dari internet. Saya aplikasikannya dengan menjual ebook dan cetakannya sekali dengan mengiklankannya di Harian Metro sebanyak 2 kali.
Untuk iklan tersebut saya mendapat respon atau prospek sebanyak lebih 500 nama yang datang dari seluruh Semenanjung. Setelah mengepos surat jualan yang saya cipta sendiri, yang membeli dalam belasan orang (rekod saya tak berapa sistematik).
Namun pakej FLB Pro yang saya beli dari pengarang 40 Cara Buat Wang itu sendiri (baru tahu), telah membuka mata saya tentang peluang hebat buat duit secara pos. Kalau Nizam kata dia belajar dari jutawan gaya pos luar negara seperti Jeff Paul, Dan Kennedy dan Yanik Silver, setelah membaca buku beliau maka saya percaya dengan kata-katanya.
Seperti kata otai IM seperti Dr Irfan Khairi, nak berjaya dalam ebiz, ikut orang yang telah berjaya dalam ebiz. Sama juga dengan gaya pos. Nizam telah muatkan dalam bukunya bagaimana jutawan gaya pos luar negara telah berjaya. Antaranya “Bagaimana Robert Allen Menjana $200 juta Dalam 10 Tahun Dengan Bermodal $1500”. Begitu juga riwayat hidup Jeff Paul yang hampir muflis berjaya bangkit semula dengan membuat $1000 - $4000 sehari dari rumah hingga berjaya bergelar jutawan gaya pos.

Nizam juga akan menunjukkan cara dan idea bagaimana membuat produk maklumat dan memasarkannya sendiri dan yang menariknya jika kita tiada kepakaran langsung, Nizam menunjukkan cara bagaimana menggunakan kepakaran orang lain untuk mencipta produk.
Jika sebelum ini saya mengepos surat jualan sekali sahaja tapi Nizam telah menunjukan bukti beliau bagaimana follow up kedua telah berjaya membuat sales yang lebih banyak dariapada pos yang pertama. Beliau memberi sebab kenapa berlaku begitu.
Memang FLB Pro ni mahal, tapi kita dapat lesen reseller dengan komisen yang tinggi dengan 2 peringkat. Jadi sebelum boleh buat atau ada produk sendiri, dah boleh buat duit dengan sebarkan sistem FLB ini. Kira macam affiliate jugalah.
Jika kita merasakan FLB ni macam jual sistem, pada saya itu tidak tepat. Yang saya nampak 2 dalam 1:
1. Dapat ilmu gaya pos dan kita boleh aplikasikan dengan produk kita sendiri
2. dan yang kedua dapat jadi reseller dengan komisen yang lumayan.
Nizam ada menekankan peri pentingnya ada produk sendiri untuk dijual secara gaya pos kerana dengan produk sendiri kita bebas menguasainya, meletak harga dan akhirnya dapat membuat seminar atau apa-apa projek berkaitan bidang kita yang akan menjadi sumber pendapatan kedua yang lumayan. Inilah salah satu cara bagaimana otai gaya pos menjadi jutawan.
Setelah membaca buku Nizam ini, senarai produk saya yang bakal dilancarkan memang banyak. Cuma masa yang menentukannya.
Kepada anda yang nak mencuba gaya pos, saya cadangkan FLB Pro sebab ia memang bebaloi. Sebelum ni ada juga beli Buku Buat Duit Dari Rumah karya Mohd Rozani terbitan PTS, tapi FLB memeng lebih sistematik dan praktikal.
Ringkasnya dengan membeli pakej FLB ini anda akan dapat:
1. Buku Formula Luar Biasa (produk fizikal)
2. CD-ROM yang mengandungi:
i. Teknik Promosi Internet
ii. Teknik Promosi Gaya Pos
iii. Ebook bernilai ribuan ringgit
3. Bonus 39 Rahsia Buat Duit
4. Sistem RM750 Sehari dan Empayar Jutawan
dan banyak lagi. Memang banyak la. Boleh rujuk di sini
p/s: Nizam ada pelbagai produk buat duit. Pilihlah yang sesuai. Yang baik kita ambil, yang tidak baik kita buang atau tinggalkan seperti program derma-menderma.
Formula Luar Biasa Mohd Nizam di pautan ini ==> http://www.formulaeksklusif.com/rahsia
----------------------------------
* Jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda, saya harap anda boleh kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda sama ada melalui facebook atau google buzz. Boleh klik buton di bawah ya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda.
No comments:
Post a Comment